
TuitionCentral menyediakan servis menemusuai iaitu membantu ibubapa/pelajar mendapatkan tutor yang boleh mengajar di rumah mereka. Secara tidak langsung, kami juga membantu para tutor mendapat kelas tuisyen.
Terdapat 3 cara di mana anda ingin memohon tutor iaitu:
Tidak. Servis menemusuai tutor untuk anda tidak dikenakan sebarang bayaran. Ianya adalah PERCUMA untuk anda. Kami hanya mengenakan komisyen ke atas tutor yang berjaya memperolehi kelas tuisyen.
Berapa lama masa yang diambil untuk memperolehi tutor selepas proses permintaan?
Sebaik sahaja kami menerima permintaan anda, kami akan menghubungi anda dala masa 24 jam bagi mendapatkan maklumat lengkap permintaan anda. Biasanya, tutor yang telah dipilih akan menghubungi anda dalam masa 48 jam atau kurang untuk berbincang secara lebih mendalam berkaitan jadual, kadar bayaran, dan sebagainya.
Bolehkah saya menukar tutor yang lain sekiranya tutor tersebut tidak sesuai?
Berapakah kadar bayaran yang dikenakan oleh setiap tutor?
Ia adalah bergantung kepada kriteria-kriteria tutor yang anda pilih dan ianya berbeza bagi setiap tutor. Anda boleh rujuk kepada halaman kadar bayaran. Namun begitu, kadar bayaran itu hanyalah sebagai rujukan dan ianya boleh berubah atas budi bicara tutor semasa sesi perbincangan dilakukan.
Bagaimana dengan jadual kelas?
Jadual kelas tuisyen adalah fleksibel berdasarkan permintaan anda dan ianya boleh diperbincangkan bersama tutor.